Monday, January 10, 2011

Program Mengadakan Solat Hajat di surau Sri Hijauan Apartment 2011

Assalamualaikum.

Atas penerimaan idea bernas dari salah seorang pembeli dan bakal jiran kita iaitu En. Murad, kita akan mengadakan program solat hajat yang dianggotai oleh semua pembeli apartment Sri Hijauan. Maka itu Saudara Sharizal (Jai) telah pun menghubungi Mr. Leong (wakil IJM/Ukay Land) untuk mendapatkan kebenaran menggunakan surau Sri Hijauan.


Tujuan : Memohon pertolongan Allah supaya mempermudahkan rintangan dah halangan yang mengganggu pembeli dari mendapatkan CF dari pihak berwajib.

Tarikh : 30hb Januari 2011 
Hari   : Ahad
Waktu  : 12:45 pm
Acara  : Selepas masuk waktu Zohor 1:23pm
Tempat : Surau di Sri Hijauan.
Jemputan : Semua pembeli Sri Hijauan Apt & Spring Ville, Ukay Perdana

Tarikh dan tempat sudah dipersetujui oleh pihak pemaju, namun waktu boleh diubah mengikut kesesuaian ramai. Ianya perlukan satu kesepakatan supaya Imam dapat diberitahu terlebih awal. Sila berikan pendapat anda seperti
1. cadangan perubahan waktu
2. membantu dalam pembersihan surau pada 23hb Jan 2011 iaitu 1 minggu awal dari tarikh acara 30hb Jan 2011
3. Ingin menyumbang peralatan seperti sejadah dan sebagainya
4. Ingin menyumbang minuman atau makanan ikut kemampuan 
5. Dan lain-lain yang bermanfaat.

Tolong sampaikan kepada kenalan yang juga pembeli Apt Sri Hijauan. Mungkin mereka tiada kemudahan internet. Semoga dirahmati Allah. Amin.
 
Saya yang hanya cuba membantu saja.
Uri Zamzuri
Hp : 016-6600266